Description
Di satu lokasi yang tidak bertanda di dalam peta, wujud Segitiga Gua Pelambung; tiga penjuru tanah angker yang menjadi sempadan antara dunia manusia dan dunia ghaib. Di sinilah lorong purba yang tidak sepatutnya terbuka, mula bernafas semula.
Dari Kampung Seludang Laut, kisah Aiman yang diburu makhluk sungai kembali menghantui hidupnya selepas satu telefon terpakai membuka pintu kepada sesuatu yang lebih gelap.
Di Kolej Wawasan Gemilang, blackout ketika hujan ribut malam Jumaat hanyalah permulaan. Kisah seram yang diceritakan dalam gelap menjadi nyata dan akhirnya membongkar rahsia pembunuhan yang cuba dikuburkan selama ini.
Di Kampung Batu Lesung, kepulangan Zack ke rumah pusaka neneknya telah mengheret dia ke dalam satu pakatan melibatkan entiti purba terbuang bernama Sangkala. Entiti itu cuba menguasai tiga jin seru penjaga lorong demi menguasai dunia dan alam ghaib.
Tiga kisah. Satu lorong. Dan satu pengorbanan terakhir … sebelum semuanya berakhir dengan kehancuran.
Genre : Seram
Halaman : 468