FAQ

Pendaftaran

Apa itu laman web www.karangkrafmall.com?
www.karangkrafmall.com merupakan 'virtual bookstore' yang menawarkan belian secara 'online' bagi novel, buku, majalah & langganan untuk semua produk Kumpulan Media Karangkraf, Alaf21, Buku Prima serta Karya Bestari.
Bagaimana saya mahu mendaftarkan diri?
Sebelum membuat sebarang pilihan buku atau pembelian, ‘click’ butang DAFTAR MASUK. Kemudian anda akan dibawa ke ruangan
pendaftaran.
Saya berminat dengan produk-produk dalam www.karangkrafmall.com. Bagaimana saya hendak membuat pembelian?
Layari www.karangkrafmall.com untuk memilih, membaca sinopsis, membuat perbandingan beberapa judul dan seterusnya membuat pembelian.
Saya mahu membeli buku karya penulis A, tetapi tidak ada dalam www.karangkrafmall.com Apa harus saya lakukan?
Hubungi 03-5101 7480 atau emel [email protected] untuk bertanyakan tentang karya penulis & buku-buku bakal terbit.
Saya ingin membuat pembelian tetapi tidak mahu mendaftar. Boleh ke?
Boleh. Sebarang transaksi boleh dilakukan sekiranya anda tidak mendaftarkan diri dan daftar masuk sebagai GUEST
Saya ingin membuang akaun saya di www.karangkrafmall.com
Boleh. Hubungi kami di 03-5101 7480 atau emel [email protected] berserta alamat emel akaun yang anda mahu buang. Kami akan memproses permintaan dalam 2-3 hari bekerja.

Pembelian

Macam mana saya hendak buat pembayaran di www.karangkrafmall.com?
Pembayaran boleh dilakukan menerusi MOLPay, online banking (maybank2u, CIMB clicks dll) ataupun menggunakan kad kredit.
Jika saya ada kad diskaun/baucar buku, bolehkah saya gunakan di www.karangkrafmall.com?
Tidak boleh. Kad diskaun/baucar buku hanya boleh digunakan di outlet Karangkraf Mall, Seksyen 15 Shah Alam sahaja.
Apakah cara lain untuk saya buat pembayaran selain daripada bank in duit ke ATM?
Di www.karangkrafmall.com, pembayaran hanya boleh dilakukan menerusi MOLPay, online banking (maybank2u, CIMB clicks dll) ataupun menggunakan kad kredit sahaja.
Bolehkan saya bayar menggunakan kad debit atau kad kredit?
Boleh. www.karangkrafmall.com menerima pembelian menerusi kad kredit.
Saya mahu membeli dalam jumlah yang banyak (melebihi 100 buah). Adakah saya dapat potongan harga yang lebih?
Setiap pembelian di dalam www.karangkrafmall.com sudah dikenakan diskaun 15%. Pembelian dalam kuantiti yang banyak, boleh terus membuat pilihan dibahagian BULK. Diskaun pembelian sehingga 30%.

Penghantaran

Kenapa harga Sabah/Sarawak lebih mahal berbanding harga Semenanjung?
Ini adalah kerana kos penghantaran ke Sabah/Sarawak lebih tinggi berbanding ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Saya berminat nak beli produk www.karangkrafmall.com tetapi tinggal di Singapura. Bolehkah saya membuat pembelian?
Ya boleh. Sila nyatakan dengan lengkap alamat penerima (Singapura) ketika mengisi ruangan alamat penerima.
Saya telah memilih untuk penghantaran pada hari yang sama (Same Day Delivery), tapi saya tidak dapat barang saya pada hari yang sama. Apa yang patut saya buat?
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Same Day Delivery, sila hubungi pihak courier yang bertanggungjawab di 011-1722 5600 (Ninja Van). Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya pihak kami telah menyerahkan barangan pelanggan kepada pihak courier, dan kegagalan pihak courier bukan tanggungjawab kami.
Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk menerima buku yang saya beli?
Seawal-awalnya 3 (tiga) hari bekerja dan selewat-lewatnya 5 (lima) hari bekerja.
Apa harus saya lakukan jika tiba-tiba mahu mengubah alamat penghantaran?
Sila maklumkan kepada kami di 03-5101 7480 atau emel [email protected] sebelum tempahan anda diproses & dihantar.
Adakah kos tambahan sekiranya alamat yang saya bagi jauh di ceruk pedalaman?
Kos penghantaran telah ditetapkan oleh pihak Karangkraf Mall dan dinyatakan secara jelas sebelum anda membuat pembayaran.

Polisi pemulangan

Macam mana jika barang yang sampai kepada saya rosak? Adakah saya dapat ganti rugi?
Ya. Sebarang kerosakan yang berpunca dari Karangkraf Mall akan ditanggung oleh pihak kami. Anda boleh membatalkan tempahan atau refund semula wang.
Saya sudah buat pembayaran melebihi seminggu, tetapi barang yang saya pesan belum sampai. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi 03-5101 7480 atau emelkan kepada kami di [email protected] sekiranya anda tidak mendapat sebarang makluman dari pihak Karangkraf Mall.
Bagaimana hendak buat penukaran jika judul buku yang dapat lain dengan apa yang saya pesan?
Sila maklumkan kepada kami di 03-5101 7480 atau emelkan kepada kami di [email protected].
Saya menukar fikiran di saat-saat akhir. Bolehkah saya pulangkan semula buku yang dibeli dan menerima kembali wang saya?
Tidak boleh. Wang tidak akan dipulangkan sekiranya proses tempahan dan penghantaran telah dibuat.
Apakah kelebihan membeli di www.karangkrafmall.com?
Kami menawarkan harga yang lebih murah berbanding pembelian di kedai dan kami menjanjikan jaminan 'barang akan sampai di rumah'.
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off