Sale

Oh... Dia Rupanya - Syahirah Ibrahim

Peristiwa hitam yang meragut nyawa ibunya sering mengganggu ketenangannya. Ia telah menjadikan Amal Hayati seorang yang keras hati, kasar, tabah dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Pertemuan pertama kali telah menarik minat Amal Hayati terhadap Ridzuan kerana lelaki itu telah menyelamatkan dirinya.

Namun Ridzuan terlalu berahsia. Tindak-tanduk lelaki yang digelarkannya sebagai Mr. Secret itu sangat mencurigakan, tapi itu tidak dapat menghalang Amal Hayati dari terus meminati lelaki itu sehingga dia sanggup menerima cadangan lelaki itu untuk memperisterikannya. Semakin dia mengenali lelaki itu, sedikit demi sedikit rahsia lelaki itu diketahuinya membuatkan dia tawar hati terhadap Ridzuan.

Siapakah Ridzuan sebenarnya? Kenapa lelaki itu hadir tanpa dipinta? Adakah lelaki itu ada kaitan dengan sejarah hitam yang berlaku dalam hidupnya?

“Tak kuasa saya. Saya ada banyak kerja lain nak buat selain mengekor awak ke sana ke mari. Jangan perasanlah. Awak bukannya Miss Universe pun.” - RIDZUAN

“Sah! Otak lelaki ini memang ada masalah! Aku ni nak dijadikan girlfriend dia. Sesuai ke?” - AMAL

“Kenapa awak nak tahu sangat? Awak takut saya ni jadi anak ikan ke? Lelaki yang dibela wanita-wanita kaya tu.” - RIDZUAN

In stock
SKU
978-967-0535-63-0
Now Only RM 16.92 Regular Price RM 19.90
Halaman: ~512 mukasurat
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off