1, 2 Kamu

Pertemuan pertama yang terjadi antara Naufal dan Syaza tidaklah begitu baik untuk dijadikan sebagai momen terindah.
In stock
SKU
978-967-86-0505-2
RM 23.00
Pertemuan pertama yang terjadi antara Naufal dan Syaza tidaklah begitu baik untuk dijadikan sebagai momen terindah. Kadangkala Syaza akui sikap Naufal benar-benar mencuit hatinya. Namun, kata-kata sinis daripada Naufal adakalanya mencabar kesabaran Syaza. Bagi Syaza, Naufal bukanlah lelaki pilihan yang boleh dijadikan imam untuknya tetapi sudah tersurat dia menjadi milik lelaki itu yang sah. Bahagia yang dikecapi tidak berkekalan dek terburu dengan kerakusan mengejar duniawi. Hubungan yang sedia ada terlerai di pertengahan apabila si kecil, permata hati meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Saat Syaza mula melupakan segalanya, Naufal hadir untuk menunaikan janji yang telah dimungkiri. Dibulatkan tekad di hatinya kerana pilihan hatinya tetap tidak berubah dari dahulu. Makin dikejar makin jauh si dia melarikan diri. Makin keras pula hatinya. Akan bertautkah kasih mereka berdua setelah Syaza mengetahui kisah sebenar di sebalik keruntuhan rumah tangganya dahulu?
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account