Siapa Punya?

10 buku cerita bergambar kanak-kanak. Sarat dengan nila-nilai murni yang memberi pengajaran seperti tolong-menolong, sabar, sikap pemaaf, jujur dan kasih sayang.

Buku-buku ini boleh dibacakan kepada kanak-kanak sebagai ‘bedtime stories’ sebelum tidur. Mesej dalam setiap buku ini sangat berguna sebagai panduan dan teladan buat mereka.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 -7 tahun.

10 judul buku cerita seperti berikut:

  1. Abang Hero Saya
  2. Alahai, Anak Gajah
  3. Ayah, Apa Itu?
  4. Beruslah Gigi
  5. Cipi Cuba Lagi!
  6. Sabarlah Kura-kura
  7. Siapa Punya?
  8. Tolong, Saya Tak Pandai Berenang
  9. Tupai Bangun
  10. Wooli

APA YANG MENARIK DENGAN BUKU INI?

  • Buku cerita bergambar yang berwarna-warni.
  • 10 judul menarik dan sarat dengan nilai-nilai murni.
  • Membantu menambah kosa kata kanak-kanak.
  • Mesej dalam setiap buku dapat membentuk nilai-nilai murni dalam setiap diri kanak-kanak.
  • Sesuai dimanfaatkan sebagai bacaan bagi Program NILAM di sekolah-sekolah.
In stock
SKU
978-967-498-106-8
RM 8.00

Halaman: 16

Saiz: 9 x 9 inci

Tema: Nilai-nilai murni

Suatu petang, ketika Ayam bersiar-siar, Ayam terjumpa seutas rantai yang cantik. Ayam cuba memakai rantai itu dan memang sesuai dengan dirinya. Ketika itu, Ayam teringat pesanan ibunya iaitu jangan mengambil barang orang lain. Ayam membawa rantai itu ke rumah Itik lalu menceritakan kepada itik. Rupa-rupanya, Itik adalah pemilik rantai itu. Itik menghadiahkan rantai itu kepada Ayam atas sifat jujurnya.

More Information
Publisher Kids Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off