Kombo ini mengandungi 3 tajuk buku Dato’ Ustaz Kazim Elias :
1. Doa dan petua Mudah
Doa dan Petua Mudah memuatkan amalan harian, doa-doa kesembuhan, perlindungan daripada gangguan, ketenangan jiwa serta petua-petua yang boleh diamalkan oleh seisi keluarga dengan penuh adab dan tawakal kepada Allah SWT.
Buku ini dilengkapi infografik menarik serta disusun dalam bahasa yang mudah difahami dan praktikal untuk diamalkan. Ia bukan sekadar menjadi bahan bacaan, malah boleh dijadikan teman harian ketika diuji dengan kesakitan, keresahan atau kesulitan hidup.
Semoga setiap doa yang dibaca dan setiap ikhtiar yang dilakukan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan kesembuhan daripada Allah SWT.
2. Tuhan Sedang Menguji Kita (Edisi Kemas Kini)
Tuhan Sedang Menguji Kita (Edisi Kemas Kini) telah ditambah baik dengan penambahan sebanyak 30% isi kandungan yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Apa itu ujian.
2. Ujian ketakutan, kelaparan, kematian, rezeki dan Iman
3. Ujian yang dihadapi Ustaz Kazim
4. Petua penyembuhan Ustaz KazimÂ
Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati masih terleka. Kita tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran maka ujian itu sebenarnya manis. Allah SWT tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi.
Naskhah ini merupakan edisi kemas kini yang diterbit semula, dengan beberapa penambahan bab baru daripada al-Fadil Ustaz Kazim Elias. Pembaharuan yang dibawa ke dalam naskhah ini mampu menenangkan jiwa yang sedang diuji, telah diuji dan bakal diuji.
Antara pengisian menarik ialah:
3. Tak Faham... Sudah!
Buku ini menampilkan karya terbaharu Datuk Ustaz Kazim Elias yang mengandungi nasihat dan diselitkan sindiran kepada segelintir masyarakat yang agak skeptikal dalam menerima kebenaran.