Description
KLEPTOKRASI JILID 1
Bermula daripada kematian mengejut Tuan Mustakim, segala-galanya berubah untuk Irdina Tasnim. Syarikat Rangkasa di ambang kehancuran. Irdina diasak untuk membuat keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar.
Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli syarikat Rangkasa termasuk seluruh kerugiannya.
Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi.
Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi?
KLEPTOKRASI JILID 2
Bekerja dengan Muhammad Al-Fathi menyedarkan Irdina Tasnim tentang bagaimana dunia korporat yang sebenar.
Tahun baharu, mereka memulakan misi besar – menjatuhkan konglomerat gergasi Petra, Dato’ Hanif. Rancangan disusun rapi dan Irdina memegang peranan untuk meraih kepercayaan Dato’ Hanif. Namun, tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Irdina diasak satu demi satu tekanan dalam memegang peranannya.
Muhammad Al-Fathi mula menyaksikan kehilangan buat kesekian kalinya di depan mata. Rancangan mereka hampir lumpuh apabila orang lama kembali muncul.
Apa yang mereka sangkakan selama ini benar-benar salah.
Siapa sebenarnya musuh mereka?
Genre : Misteri, Penyiasatan (Jenayah Kolar Putih), Politik