Pre Order Polisi

Apakah Pesanan Pre Order?
Pesanan Pre Order adalah anda akan mendapat jaminan pembelian item yang belum sedia diterbitkan dan diposkan.


Apakah kelebihan membeli item Pre Order?
Kelebihan membeli item dalam Pre Order adalah anda mendapat jaminan bahawa item yang anda inginkan dapat dibeli tanpa mengambil risiko ianya kehabisan stok setelah stok masuk ke dalam stor penerbit kami.

Bagaimana untuk pembayaran Pre Order? 
Bayaran perlu dibuat terlebih dahulu. Jumlah caj penghantaran akan dikenakan bersama.

Bolehkah saya membatalkan item Pre Order?
Sudah tentu! Sekiranya anda telah mengubah fikiran tentang item yang dibeli dalam Pre Order, anda boleh membatalkan item tersebut dengan pesanan anda dengan menghubungi Team Khidmat Pelanggan kami melalui [email protected] atau (+603) 5101 7480 atau Whatsapp ke 019-229 7227. Sila pastikan pesanan anda belum lagi diposkan sebelum meminta pembatalan. Dalam kes ini, pembatalan tidak dapat dibuat setelah barang telah dipos keluar.

Bolehkah saya mengubah/ tukar buku pesanan saya?
Sudah tentu! Kami mempunyai dasar yang tiada kerumitan ke arah pertukaran pesanan. Jika pada bila-bila masa sebelum item diposkan keluar, anda ingin menukar buku pesanan anda, Sila e-mel kepada kami di [email protected] atau (+603) 5101 7480 atau Whatsapp ke 019-229 7227

 

Berapa lamakah masa untuk menghantar pesanan saya?
Masa menunggu adalah berbeza. Tempoh anggaran untuk item sedia di stor penerbit adalah 30 - 90 hari dari tarikh jualan Pre Order dibuka. Dari saat item tiba di stor kami, kami akan memproses pesanan dalam masa 3-5 hari berkerja.

Apabila kelewatan berlaku dan mengapa?
Item Pre Order adalah item yang dijamin oleh pihak syarikat ianya akan diterbitkan. Kelewatan percetakkan boleh berlaku berikutan kadangkala terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan Sekiranya berlaku kelewatan, Team Khidmat Pelanggan kami akan membantu anda.  


Bolehkah saya menggabungkan pesanan Ready Stok dan Pre Order?
Sudah Tentu Ya! Anda boleh:

Buat 2 (dua) pesanan yang berbeza
Cth: Order no #200012345 (Item Ready Stok sahaja)
Cth: Order no #200012346 (Item Pre Order sahaja)

Sentiasa berhubung dengan Team Khidmat Pelanggan kami
Ini adalah untuk dapatkan status/ lebih banyak maklumat mengenai stok item dalam Pre Order

Terus buat pesanan
Buat pesanan yang menggabungkan keduanya dan tunggu item-item tiba. Stok item pre order akan diposkan apabila stok siap cetakkan.

Masih memerlukan bantuan?
Hantarkan e-mel kepada kami di [email protected] atau hubungi Team Khidmat Pelanggan kami di [email protected] atau (+603) 5101 7480 atau Whatsapp ke 019-229 7227dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan anda.