Description
Tragedi kematian seorang pengawal keselamatan telah menutup Zoo Everwild, meninggalkan misteri yang masih menghantui. Apabila zoo itu mahu dibuka semula, Miqdad dipanggil untuk memastikan keselamatan. Namun, kepulangannya membuka kembali luka lama, termasuk hubungan retak dengan bekas isterinya dan kehilangan sahabat baik yang tidak terjawab. Pada masa yang sama, gangguan aneh, kematian haiwan secara ngeri dan kemunculan kabus misteri mula menakutkan semua orang di situ.
Keadaan semakin buruk apabila nyawa mula menjadi taruhan. Miqdad terpaksa menyelami rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik zoo itu, yang melibatkan kepercayaan sesat dan dendam lama. Dalam usaha menyelamatkan keadaan, dia sedar bahawa untuk membebaskan “kurungan” itu, dia mungkin perlu mempertaruhkan segalanya.
“Dia cakap … kalau benda tu nak darah, dia akan buat macam-macam hal untuk menuntutnya.” – Yatim.
“Kami mohon, hentikan kerja-kerja syirik macam itu. Patung buaya dan darah yang dituang itu, semuanya memanggil sesuatu yang tak sepatutnya datang ke sini.” – Taha.
“Apa pun, kita jangan sentuh. Sekejap lagi tukang cuci sampai, kita minta dia tanam bangkai ni cepat-cepat,” - Ramlan.