New

PENGALAMAN DI LEMBAH NIL - Abd Manaf Ahmad

Di lembah Nil terdapat sejarah agung yang bermula dengan cerita Nabi Musa AS yang baru dilahirkan telah dihanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai Nil kerana takut Raja keturunan Firaun membunuhnya. Namun bayi itu terselamat apabila isteri Firaun bernama Masyitah telah memungut kotak bayi itu dan dipelihara Musa sebagai anak angkat. Di lembah Nil juga terdapat Cerita Nabi Yusof AS bermimpi melihat sebelas anak bulan bersujud kepadanya.

Bapanya Nabi Yaakob AS telah menasihatnya supaya jangan bercerita kepada saudara-saudaranya yang sebelas orang itu. Mimpi itu menjadi kenyataan apabila saudaranya yang sebelas orang itu telah membawa dan meninggalkannya di Perigi Tua yang sekarang ini terletak di Masjid Mohamad Ali, di Lembah Nil. Lembah Nil sangat cantik pemandangannya lebih-lebih lagi jika berada di Menara Kaherah atau mana-mana Menara Hotel yang berada di sekelilingnya seperti Hotel Meridian, Hilton, Semiramis, Shefered, El Borg dan lain-lain

Buku ini saya tulis dalam bentuk berita sejarah melalui pengalaman semasa saya bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, sebagai Pegawai Perhubungan Pelajaran dari tahun 1965 hingga tahun 1980. Buku ini juga ada mencatatkan pengalaman saya bersama YADIM dan sebagai wakil rakyat.

Saya berharap menerusi buku ini dapat kita berkongsi bersama pengalaman demi kebaikan di dunia dan akhirat. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.


ABD MANAF BIN HAJI AHMAD 
Bunga Melati Shah Alam 
31 Ogos 2018

Out of stock
Only 0 left
SKU
PENGALAMAN DI LEMBAH NIL
RM 25.00
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off