-15%

Nyawa

Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes.
In stock
Only 2 left
SKU
9789674462550
Now Only RM 22.10 Regular Price RM 26.00
Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes. Saksi menyatakan sesuatu yang bersifat paranormal tetapi sukar untuk diterima logik akal Inspektor Amiruddin. Kekeliruan mula tercetus. Lima nama watak lagi tersenarai. Masing-masing mengalami gangguan menyeramkan yang serupa. Seorang perempuan berwajah hodoh dan mengerikan sering muncul memberikan amaran nyawa mereka menjadi buruannya. Kejadian-kejadian menggerunkan merasuk diri. Mimpi-mimpi ngeri menghantui di antara lena dan jaga. Kematian terasa berlegar-legar di sekeliling mereka. Jiwa sentiasa diamuk ketakutan. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan syaitan itu? Dan mampukah Inspektor Amiruddin membantu menyelesaikan kes kematian yang berlaku? "Mana mungkin seorang manusia dibunuh dengan begitu kejam oleh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar." - Inspektor Amiruddin "Saya nampak sendiri Azazil tarik bayi dalam kandungan ni hidup-hidup. Mimpi ni ada makna abang. Iblis tu masih hidup. Dia nak ambil anak kita" - Izara “Rumah kau tu macam mengusik. Maksud aku macam ada sesuatu selain manusia yang menumpang kat rumah kau. Kau faham kan maksud aku?" – Arman
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account