Description
Cerita ini mengisahkan monyet dan kura-kura yang berebut pokok pisang yang mereka jumpa. Mereka bersetuju untuk berkongsi buah pisang sama rata, tetapi monyet menjadi tamak dan memakan semua buah pisang tanpa memikirkan janji mereka.
Kura-kura yang sedar ditipu meletakkan duri di sekeliling pokok. Apabila monyet turun, dia terkena duri dan menyesal kerana tidak menepati janji. Cerita ini mengajar kita supaya tidak tamak dan sentiasa menepati janji.