Sale

Menanti Khalidah

Ana Balqis
In stock
Only 1 left
SKU
978-983-124-409-8
Now Only RM 5.00 Regular Price RM 19.90
SAYA peminat lukisan dan sastera. Malah saya pernah bercita-cita menjadi pelukis dan penulis. Barangkali kerana minat itulah saya menjadi murid terdepan dalam subjek lukisan di sekolah sampai menengah 5. Juga pada masa sama, saya khatam bukubuku karangan Enid Blyton. Pada usia 13, saya selongkar cerita-cerita Hikayat 1001 Malam. Menjengah 14 tahun, saya siap membaca Tenggelamnya Kapal Van der Vick (Hamka) dan Keluarga Gerilya buah tangan Pramoedya Ananta Toer. Saya sambung lagi dengan Bumi Manusia dan lain-lain karya penulis ini. Setelah melepasi tingkatan 6, saya cuba mengenal Shahnon Ahmad, Fatimah Busu beberapa orang lagi tetapi banyak daripada waktu saya, terkesan dengan galuran cara bercerita Pramoedya. Barangkali kerana pengaruhan itulah yang mendasari kerja-kerja sastera saya. Apalagi setelah emak saudara saya menghadiahi mesin taip pada 1990. Lebih lima kali menang Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Utusan-Exxon Mobil sejak tahun 1996 dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1999 (kategori cerpen), saya kini kian ‘menggilai’ sastera. Saya turut memberi bengkel dan ceramah sastera ke seluruh negara. Sehingga ini lebih 40 cerpen telah tersiar di pelbagai majalah. Memiliki beberapa antologi bersama termasuk satu yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Indonesia. Pernah menulis beberapa drama radio dan tersiar di RTM. Pernah menulis drama pentas sekali gus mengarah.
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account