Description
100 tahun bukan sekadar angka, tetapi perjalanan yang sarat dengan luka, suka, harapan dan impian yang disaksikan sendiri oleh seorang anak Melayu yang dikenali dunia - Mahathir Mohamad.
Malaysia dan Seabad bukan memoir seorang negarawan semata-mata, tetapi naskhah ini menggabungkan naratif sejarah dengan pengalaman hidup dan pandangan beliau yang terlibat secara langsung dalam hampir satu dekad penting negara ini. Ini tentang tanah air yang pernah dijajah, diperlekeh, berpecah, kemudian bangkit dan berdiri semula di pentas dunia.
Jika kita benar-benar mahu menjadi bangsa yang berjaya, kita perlu sama-sama mendengar suara yang pernah mengharung badai, tetapi tetap memilih untuk mencintai negaranya sendiri.
Naskhah ini ibarat “surat cinta” buat generasi baharu supaya tidak lupa asal usul, dasar perjuangan dan berani melakar masa depan Malaysia yang lebih gemilang.