OK
Sorry! no images available for this colour!
Sorry, you must select the options in order to add to cart.
This item has been saved to your wishlist.

KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa


View My Wishlist Continue Shopping
Size Guide



Item added to your bag.

KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa

RM 175.00


Checkout  Continue Shopping

Continue Shopping

FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa&w=300&zc=1
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
KOMBO Ustazah Basikal - Ahmad Isa
Ref No UBKOMBO

No reviews

RM 175.00
Shipping calculated at checkout.
Buy this item you earn 175 points.
STORE AVAILABILITY

JILID 1 - MALAYSIA - THAILAND - MYANMAR

Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.

Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.

Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.

Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.

Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.

Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.

"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa


JILID 2 - INDIA - NEPAL - PAKISTAN

Ahmad dan Adilah menyambung kayuhan ke tiga buah negara lagi iaitu India, Nepal dan Pakistan setelah melepasi Malaysia, Thailand dan Myanmar sebelum ini.

Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya berikutan sifat warganya yang sentiasa ingin tahu hingga mengakibatkan Ahmad yang introvert menjadi rimas. Berbeza pula dengan Adilah yang ekstrovert dan sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, itu sama sekali tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dengan cemerlang!

Ahmad begitu teruja bila memasuki negara Nepal kerana beliau adalah seorang 'hikers' dan memanjat Gunung Everest adalah salah satu impian beliau sejak zaman universiti lagi. Namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana mereka memasuki Nepal pada musim hujan dan sangat berbahaya untuk mereka menjejaki Gunung Everest. Lalu mereka kembali ke India sebelum masuk ke negara seterusnya iaitu Pakistan.

Di Pakistan pula, kedua-duanya sangat gembira dan bersyukur kerana mereka bebas makan apa sahaja tanpa perlu risau tentang status halal makanannya. Sekali lagi malang tidak berbau, mereka telah ditahan oleh tentera Pakistan selama tiga hari sebelum Adilah pula dimasukkan ke hospital beberapa hari.

Banyak kejadian yang tidak masuk akal berlaku di Pakistan, tetapi perancangan ALLAH SWT ternyata adalah yang terbaik.

"Kembaralah, nescaya kita akan rasa lebih bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia." Ahmad Isa -


JILID 3 - CHINA - KYRGYZSTAN - KAZAKHSTAN
Tekanan Negara Bersalji

Perancangan untuk memasuki negara bersalji mengujakan Ahmad dan Adilah. Lagipun, ini kali pertama Adilah berbasikal dalam cuaca dan keadaan begitu. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran baharu di sepanjang perjalanan.

Di China, mereka merentasi sempadan tertinggi di dunia, Khunjerab Pass dan terpaksa melalui pemeriksaan imigresen dan kastam selama 14 jam dalam kesejukan dan kelaparan.

Di Kyrgyzstan pula, hajat mereka mahu merentasi gunung bersalji dengan basikal telah dihalang oleh penduduk tempatan kerana kemungkinan untuk mati sangat tinggi!

Di Kazakhstan, Adilah dan Ahmad terpaksa tidur di kawasan bersalji, rumah terbiar dan rumah orang tempatan. Syukur, ramai manusia baik datang menghulurkan bantuan pada saat mereka sangat memerlukan.

Banyak insiden mencabar dan tekanan yang hebat diceritakan dalam buku ini, namun semuanya datang dengan hikmah tersendiri.

"Selamat mengembara!" - Ahmad Isa

JILID 4 - UZBEKISTAN - AFGHANISTAN - IRAN
Terkandas di Bumi Bergolak
Ahmad dan Adilah tidak pernah merancang untuk masuk mengembara ke Afghanistan dan Iran. Akibat pertukaran perancangan pada saat-saat akhir, mereka terpaksa akur dengan situasi.

Pasangan suami isteri ini mula mengembara ke Uzbekistan, iaitu sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam. Tokoh hadis seperti Imam Bukhari yang dimakamkan di Bukhara dan  Imam Tirmizi yang dimakamkan di Termez mengujakan mereka.

Mereka terpaksa masuk ke Afghanistan disebabkan harga visanya yang jauh lebih murah berbanding visa Turkmenistan yang mahal dan tempoh visanya yang pendek.

Tanpa mereka sedar, ujian besar sedang menanti mereka di Kabul, Afghanistan. Mereka terpaksa keluar dari Afghanistan dan terus ke Iran mengikut jalan udara disebabkan jalan daratnya yang berbahaya.

Di Iran pula, pegangan mazhab penduduknya yang berbeza menjadi cabaran terbesar buat mereka. 

Mampukah mereka bertahan di Iran?


JILID 5 - IRAN - UAE - ARAB SAUDI

Ahmad dan Adilah hampir putus asa kerana sudah berulang kali memohon visa Arab Saudi, tetapi tetap gagal diperoleh. Pada saat berada di sempadan masuk ke Arab Saudi, mereka akhirnya reda dengan ketentuan ALLAH dan membawa diri ke puncak gunung Jebel Jais.

Di puncak gunung itulah, mereka memujuk hati. Berderai air mata kedua-duanya mengenangkan betapa banyak nikmat yang mereka peroleh sepanjang pengembaraan itu. Cuma satu yang amat dinanti, hajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci masih tiada jawapan.

Namun, satu keajaiban berlaku. Apabila hati sudah pasrah selepas pelbagai usaha dilakukan hingga lunyai segala kudrat, akhirnya ALLAH memberi khabar gembira. Sungguh ... janji ALLAH tidak pernah mengecewakan.

Masya-ALLAH, Subhanallah, Allahuakbar!

‘Segala puji hanya untuk-MU, aku memohon ampun atas segala khilaf dan kekurangan kerana segalanya adalah milik-MU dan di bawah kekuasaan-MU.’

 

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD.  200001027856 (0530463V)
Product Detail
Year Published2025
Weight3.00
Free Delivery

For order above RM150 (Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off

You May Also Like
Checkout these products, you may like it too.
What our customers said
There are currently no product reviews.