Description
Sinopsis :?Ingin Berkasih Lagi
Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip?Isyatul?kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada?Amrin?yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.
Amrin?membawa rombongan merisik.?Isyatul?dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan.?Isyatul?kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya.?Amrin?pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.
Keliru dengan percintaannya,?Isyatul?diduga dengan kehadiran?Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
Halaman: ~640