Apa itu INFAQ?
INFAQ merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.
Program infaq al-Quran ini dilancarkan bertujuan untuk kita sama-sama meningkatkan pahala dengan membantu mereka yang memerlukan atau terkesan dengan musibah.
Di samping itu, kami ingin menggalakkan lebih ramai orang membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan: Baca al-Quran, fahami terjemahan ayat dan amalkan.
Kami juga memfokuskan pengagihan infaq ini kepada:
- Masjid
- Surau
- Sekolah
- Madrasah
- Tempat-tempat lain yang memerlukan dan orang perseorangan yang bersesuaian
Terdapat 2 jenis al-Quran yang boleh di infaqkan:
1. Al-Quran Mujam (A5) - RM 40
Klik di sini untuk spesifikasi al-Quran.
2. Al-Quran Al-Imam (jumbo, B4) - RM 85
Klik di sini untuk spesifikasi al-Quran.
Penghantaran al-Quran akan diuruskan sepenuhnya oleh Karangkraf Mall Sdn. Bhd.
Penginfaq boleh memberi cadangan lokasi, tetapi segala keputusan akhir akan datang dari Karangkraf Mall Sdn. Bhd.
Sebarang kemaskini dan gambar penyerahan infaq al-Quran akan dimasukkan ke dalam media sosial @Karangkrafmall.
InsyaAllah semua al-Quran yang diinfaqkan akan diagihkan dengan amanah.
Semoga dengan infaq yang diberikan ini akan menambah saham akhirat kita.
Akad yang perlu dibaca selepas membuat pembayaran:
Dengan ini saya (nama penginfaq) telah membeli dan menginfaqkan al-Quran (nama al-Quran) sebanyak (bilangan al-Quran) dengan nilai RM (ringgit).
PENTING!!
Sila isi alamat penerima seperti di bawah untuk mengelakkan al-Quran ini di poskan:
Karangkraf Mall Sdn. Bhd.
Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.