Description
Dari Kamar Syariah memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk...
Dari Kamar Syariah memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur memandangkan pengisiannya melibatkan hal-hal kekeluargaan. 'Berkata benarlah walaupun pahit!' Ya... itulah matlamat buku ini... memberikan jawapan telus berdasarkan hukum yang termaktub dalam perundangan Islam. Setiap penerangan disampaikan sejelasnya bagi memastikan ketepatan huraian. Yakinlah bahawa setiap kita berhak memiliki apa yang sepatutnya menjadi hak. Usah gusar untuk menuntut satu keadilan atas nama kebenaran! Antara pengisian menarik: Pernikahan di Selatan Thai Hak Isteri dalam Perkahwinan Apabila Suami Berkahwin Lagi Berkahwin Tanpa Kebenaran Wali Rundingan Sulh Cerai dan Ingin Rujuk Jatuhkah Talak Atas Paksaan Ibu? Suami Enggan Mengaku Jatuhkan Talak Hak Penjagaan Sementara Mendaftarkan Anak Angkat Bekas Suami Cuai Nafkah Anak Pembahagian Harta Sepencarian KWSP Arwah Ayah Pembahagian Harta Pusaka Menyelesaikan Pusaka Terbeku Keputusan Wasiat Dipertikaikan