FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

3 Buku yang Anda Harus Baca: Edisi 2025
|
Rahmah Mokhtar

Apabila masuk tahun baharu, kita tak boleh lari daripada fikirkan macam-macam hal. Antaranya, azam baharu, baiki resolusi, atau cari sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri. Asasnya, semua yang membawa pada perubahan. Ambil semangat tahun baharu, katanya.

Bagi pencinta buku, semestinya bacaan pertama 2025 perlu dicatat dan difikirkan selepas menutup “rak 2024”. Jadi, apa bacaan pertama anda pada tahun ini? Jika belum ada, mari semak tiga cadangan bacaan daripada Karangkrafmall.

1. Bounce Back Better: Bangkit dengan Al-Quran

Buku ini menjadi bacaan yang sangat signifikan bagi sesiapa sahaja yang mahu bangkit dengan semangat baharu. Sekali lagi, naskhah daripada tiga pakar psikologi dan psikiatri ini tidak mengecewakan. Mereka kembali dengan catatan yang memujuk dan menaikkan semangat.

Saat hidup dirundung ujian berat, seolah-olah tiada daya untuk bangkit semula, di mana perlu dicari kekuatan dan ketenangan yang nyata? Al-Quran, penawar yang menenangkan hati Rasulullah SAW, menyimpan rahsia keteguhan—mengajarkan kita untuk kembali berdiri, penuh harapan dan keyakinan.

Di bawah cahaya wahyu, temuilah inspirasi yang abadi— bangkitlah lebih kuat, dengan tekad dan harapan sejati.

 

 

 

2. Alfu Sanatin: Garis Masa dari Khalifah Uthman ke Khilafah Uthmaniyyah

Untuk bangun, tidak ada cara yang lebih baik selain belajar daripada kesilapan yang berlaku dalam cerita silam. Buku ini mengajak kita mengambil pelajaran daripada sejarah kejatuhan empayar Islam.

Sesuai dengan judulnya, Alfu Sanatin yang bermaksud “seribu tahun”. Ia bukan penulisan sejarah biasa. Ia adalah kembara seribu tahun. Pembaca akan dibawa dari satu fasa ke satu fasa empayar Islam menelusuri garis masa yang seragam.

Dari halaman pertama, pembaca akan disajikan dengan kisah jatuh bangun seseorang raja dan kerajaan, pahit maung seseorang panglima dan ilmuwan. Kesemuanya akan didapati secara teratur dan tersusun tanpa bercampur-campur antara masa, tempat, tokoh dan peristiwa.

Perjalanan yang sepanjang seribu tahun ini berlaku antara dua Uthman. Ia bermula dengan pembunuhan Sayidina Uthman dan berakhir dengan jatuhnya khilafah Uthmaniyyah.

Nikmatilah! Perjalanan panjang tidak pernah seindah ini!

 

3. Soothing the Soul: Wahyu yang Memujuk & Hadis yang Menyembuh

  

Letih dengan ujian hidup, ada dua naskhah yang sesuai untuk memujuk jiwa yang penat. Buku ini untuk insan yang sedang dilanda ujian emosi, terbeban dengan tekanan hidup dan mencari ketenangan hati.

Konsepnya ringkas. Tiada tajuk, bab dan huraian. Setiap halaman memuatkan sepotong ayat al-Quran bersama terjemahan. Penuh dengan peringatan, pujukan, harapan dan teladan. Saya pernah baca waktu sedang sangat bersedih, memang terpujuk sangat. Harap membantu anda juga.

Kalam Allah adalah pesan kasih sayang buat hamba-Nya. Masih ada waktu untuk kita kembali kepada wahyu suci ini demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

***

Walaupun disebutkan tiga buku, tapi sebenarnya kita datangkan ada empat cadangan. Yang ketiga ini, eloklah diambil sekali gus. 

Okey, sampai sini dahulu. Jumpa lagi dalam hantaran akan datang!

 

Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping