Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Pesta Buku terbesar di Malaysia akhirnya kembali lagi untuk kali yang ke-40! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2023) merupakan satu acara tahunan yang memperingatkan kita akan kasih dan cinta terhadap buku dan sastera. Ia merupakan sebuah pesta buku terkemuka yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak bermulanya pada tahun 1981, PBAKL telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar. Dengan lebih dari 1.25 juta pengunjung untuk PBAKL 2022, PBAKL tahun ini bakal membawa lebih banyak kejutan dan aktiviti yang lebih menarik untuk disertai. Karangkraf akan menyertai pesta buku terbesar di Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di WTCKL. Terdapat pelbagai jenis hadiah dan aktiviti menarik yang akan disediakan untuk anda dan yang paling penting, terdapat lebih dari 500 judul buku dan Al-Quran yang akan berada di PBAKL 2023.

 

Apakah aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di PBAKL 2023?

pesta buku malaysia pbakl 2023

Tawaran Diskaun Buku yang Hebat

PBAKL menawarkan pelbagai pilihan buku pada harga diskaun, menjadikannya syurga bagi peminat buku yang memang menantikan tawaran-tawaran hebat. Di sini, anda dapat memilih buku dari penerbitan Karangkraf dari pelbagai genre hingga ke buku yang ditulis oleh penulis-penulis hebat di Malaysia. Inilah masanya untuk merealisasikan impian setiap peminat buku terutamanya peminat buku-buku Karangkraf Mall, untuk memperbanyakkan lagi koleksi buku mereka. PBAKL adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang menghargai nilai buku dan ingin memperluaskan lagi pengetahuan dan imaginasi. Jika anda mencari tempat untuk membeli buku murah di Malaysia, jumpa kami di PBAKL 2023!

 

pbakl 2023

#BookTokMalaysia Creator Webinar

PBAKL 2023 juga telah mengadakan Bengkel ‘#BookTokMalaysia Creator Webinar’ pada 16 Mei 2023 & 18 Mei 2023 di mana mereka telah berkolaborasi bersama dengan TikTok Malaysia. Antara kandungan-kandungan yang telah dibincangkan dalam webinar ini adalah “Bagaimana untuk menjadi BookTok Content Creator. Webinar ini memberi panduan praktikal tentang langkah-langkah untuk menjadi seorang BookTok Content Creator. Peserta mendapat informasi tentang cara macam mana nak mula dan bagaimana untuk memperoleh audiens, juga memanfaatkan platform TikTok untuk mempromosikan buku dan literasi oleh penulis-penulis lokal.

Antara topik lain yang telah dikongsikan adalah, “Bagaimana untuk menghasilkan kandungan BookTok yang menarik”. Dalam sesi ini, peserta akan belajar strategi dan tips untuk mencipta kandungan BookTok yang menarik dan unik. Topik yang telah dibincangkan termasuklah cara menyusun ulasan buku yang padat, cara memvisualisasikan cerita dalam format video pendek dan bagaimana menggunakan efek dan suara untuk meningkatkan daya tarik kandungan.

Yang paling penting sekali adalah macam mana nak buat duit dari konten-konten buku? Pasti ramai yang tertanya-tanya jadi dalam sesi yang ketiga, para panel telah berkongsi tentang “Bagaimana untuk menghasilkan pendapatan ‘book affiliate’. Kepada yang tidak dapat sertai webinar ini, jangan risau! PBAKL mempunyai pelbagai jenis bengkel di WTCKL juga.

 

3 Bengkel yang Menarik untuk Disertai

pbakl 2023PBAKL 2023PBAKL 2023

Adakah anda seorang penulis? pembaca? Ataupun seseorang yang baru menceburi dunia penulisan? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai tiga bengkel yang akan diadakan sepanjang tempoh PBAKL 2023! 

Bengkel Penulisan Tesis Kepada Buku oleh Profesor Dr. Roosfa Hashim

Pengarah Profesor Dr. Roosfa Hashim, seorang penerbit hebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bakal menjadi pembimbing untuk penulis dalam merombak tesis menjadi buku yang dapat diterbitkan. Bengkel yang akan diadakan pada 28 Mei 2023 ini sangat penting bagi semua ahli akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi, termasuk universiti awam dan swasta yang ingin mempersembahkan kajian tesis mereka kepada masyarakat umum dalam bentuk buku yang mudah difahami.

Bengkel Terjemahan Buku oleh Dr Hasuria Che Omar

Naib Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia, Dr Hasuria Che Omar adalah pembimbing untuk Bengkel Terjemahan yang akan diadakan pada 29 Mei 2023 ini. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang terjemahan, jangan lepaskan peluang ini. Proses terjemahan memerlukan kemahiran dan fokus yang tinggi untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Terjemahan yang baik bukan sekadar memindahkan perkataan dari satu bahasa ke bahasa lain, tetapi juga memperhatikan struktur ayat, gaya penulisan, makna yang tepat dan nuansa bahasa yang sesuai.

Bengkel Penyuntingan Bahasa oleh Puan Alimie Liman

Bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 petang, bengkel yang akan dikendalikan oleh Puan Alimie Liman akan membincangkan tentang kaedah-kaedah penyuntingan bahasa. Bengkel ini lebih sesuai dengan audiens yang ingin menjadi seorang penulis yang berkualiti tinggi kerana salah satu kemahiran yang diperlukan dalam proses suntingan karya ialah penguasaan bahasa yang baik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama Pegawai Perancang Bahasa Kanan dan penerbit Universiti Sains Malaysia, Puan Alimie Liman pada 30 Mei 2023!

 

PBAKL 2023

Cosplay @ PBAKL 2023

Untuk pertama kalinya, PBAKL akan mengadakan ‘Cosplay Competition’ pada 2 - 4 Jun 2023! Bagi mereka yang meminati siri Anime, Komik, Manga, Manhwa dan Manhua, jangan lepaskan peluang untuk sertai acara ini kerana di akhir pertandingan, PBAKL telah menjanjikan hadian berbentuk wang tunai kepada pemenang-pemenang ‘Cosplay Competition’ ini. Kategori pertama yang akan dinilai oleh ‘Special Guest Judges’, KURISU dan Kinomoto Sakura, adalah ‘Kids Cosplay Competition’, yang akan diadakan pada 3 Jun 2023.

Bagi ‘SOLO SKIT Cosplay Competition’ pula, ‘Special Guest Judges’ yang akan menilai adalah PAAN REIGNS, ALICIASAMA, dan AhmadSTER. RM1000 sebagai hadiah utama untuk dimenangi pada 4 Jun 2023. Jadi, ambil peluang ini untuk menunjukkan bakat kreatif anda. Ganbatte!

 

PBAKL 2023

PublisHer Panel Discussion

Asyik kita leka akan membaca karya penulis-penulis kegemaran kita tapi pernah tak kita terfikir tentang apakah impak penulis-penulis wanita di dalam industri penerbitan? Diskusi panel pada tahun ini akan membawakan 4 panel yang hebat dari Malaysia dan Indonesia di mana mereka akan mengetengahkan tentang peranan wanita dalam dunia penerbitan di negara masing-masing dan membahas isu-isu penting dalam industri penerbitan.

4 panel hebat ini adalah Firdaus Hussamuddin, Ketua Eksekutif Kumpulan Buku Karangkraf dan satu-satunya panel dari Malaysia. Lucya Andam Dewi, Presiden Ikapi dari tahun 2015 - 2020, Nova Rasdiana, Setiausaha PRCI, dan Rosidayati Rozalina, Lembaga Penasihat PublisHer sebagai Moderator.

‘PublisHer Panel Discussion’ akan bermula pada pukul 1 - 2 petang, pada 31 Mei 2023 di Main Stage @ PBAKL 2023. Jadi jangan lepaskan peluang emas ini dan tempah slot sekarang sebelum penuh. Penyertaan adalah percuma.

 

Datanglah ke reruai kami!

Menarik, bukan? PBAKL 2023 menawarkan pelbagai aktiviti pada tahun ini dan pastinya dapat memenuhi pelbagai minat dan kehendak peminat buku, pembaca tegar, dan penulis. Dari tawaran diskaun buku yang mengujakan hingga bengkel penulisan, terjemahan dan penyuntingan yang membantu pembangunan kemahiran menulis, serta acara cosplay yang menyeronokkan. Bagi sesiapa yang berminat dengan dunia buku, PBAKL 2023 adalah acara yang pasti tidak boleh dilepaskan!

 

Nak lebih jimat dan dapat baucar buku Karangkraf? Isikan borang Wishlist ini sekarang dengan buku-buku terbaharu daripada imprint dibawah BUKU KARANGKRAF iaitu Alaf21, Buku Prima, Karya Bestari dan Kids Prima. Jangan ketinggalan dan jumpa anda semua di sana!



Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off