Sale

Bidadari Be Extraordinary! - Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

Cara simple didik anak jadi ohsem akhirat. ISBN: 978-967-86-0847-3 HALAMAN: 188 PENULIS: USTAZAH SHARIFAH HAYAATI BINTI SYED ISMAIL
Out of stock
Only 0 left
SKU
978-967-86-0847-3
Now Only RM 21.25 Regular Price RM 25.00
Buku pertama Ustazah Sharifah Hayaati Syed Ismail ini menampilkan tip-tip santai untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Betul, selagi ada yang namanya ibu bapa dan selagi ada yang namanya anak, selagi itulah ilmu keibubapaan (parenting) akan tetap dipelajari. Walaupun zaman berubah dan cabarannya jauh berbeza, tip-tip yang dibincangkan tetap masih relevan untuk diaplikasikan dalam pendidikan anak-anak. Ini adalah panduan sepanjang zaman, panduan yang malar hijau!. Ilmu parenting dalam buku ini juga menyinggung peranan ibu bapa yang kadang-kadang sedikit terlalai atau kurang tahu bagaimana untuk mendidik anak. Juga terdapat teguran manis untuk ibu bapa agar menjadi insan yang lebih baik, lebih berilmu, lebih bijak, dan sentiasa mahu belajar serta meningkatkan personaliti diri agar dapat menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak. Gaya penulisan yang diterapkan dalam buku ini adalah dengan mengikut gaya penyampaian Ustazah Sharifah Hayaati ketika berceramah, dan diselang-selikan dengan mutiara kata-kata. Percayalah, pembaca yang membaca buku ini akan dapat merasakan personal engagement ketika membacanya; seolah-olah Ustazah sedang duduk berhadapan, bercerita kepada mereka secara personal, secara dekat. Ini kelebihan yang diterapkan dalam buku ini yang tujuannya agar pembaca tidak bosan dan dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu dalam mendidik anak-anak.
More Information
Publisher Karya Bestari
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off