Description
At Least We Try ialah kisah-kisah pendek yang menyentuh sisi manusia yang sering terlupa, tentang hubungan yang tidak kesampaian, tentang cinta yang diuji dan tentang hati yang perlahan-lahan belajar untuk redha. Setiap kisah yang dikongsi memberi ruang kepada kita untuk berfikir, menghayati dan menilai diri sendiri.
Sedar atau tidak, kita sering mengejar bahagia di sana sini sedangkan yang kita kejar bukan selalunya yang kita perlu. Bahagia bukan tentang memiliki semata, tetapi mensyukuri apa yang ada.
Untuk yang sedang cuba belajar melepaskan, yang masih mencari makna hidup dan yang mahu percaya bahawa setiap kehilangan adalah satu permulaan yang baharu - naskhah ini untuk kamu.
Kerana selagi kita bernama manusia, kita harus terus mencuba.
At Least, We Try.
272 Halaman