Sebuah buku motivasi santai digarap menggunakan bahasa yang mudah difahami. Setiap catatan pengalaman daripada penulis, juga situasi di sekelilingnya akan membantu pembaca untuk memahami tentang sebuah ujian kehidupan.
Di akhirnya, pembaca akan lebih jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih Tuhan kepada setiap hamba-Nya yang beriman. Buku ini juga disisipkan dengan kata-kata motivasi, tip, nasihat dan kaedah yang menjadikan buku ini lebih dekat dengan pembaca. Buku yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.