-62%

86,400 Detik

Penderitaan yang dihadapi oleh Yana Julia membuatkan adiknya Najwa Raihana sukar untuk menerima cinta dalam hidupnya. Mampukah cinta Dr Izani mengetuk pintu hatinya.
In stock
Only 2 left
SKU
978-967-5489-12-9
Now Only RM 8.00 Regular Price RM 21.00
Benarlah, malam pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bntal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaanya. Pelamin sekadar menjadi replika untuk tatapan tamu ~ Irna muliati Bencinya aku pada semua lelaki! Namun, wajah doktor muda itu tetap menyapa di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dengan kebencian terhadap seorang lelaki yang telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara? ~Najwa Raihana Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dengan impian untuk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama saya tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walaupun saya tau, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan hilang ditelan kegelapan. ~ Doktor Ezani Kau apa ada? Anak seorang pekebun? tergila-gilakan Syad, konon! Hey, Yana, lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dengan anak datuk tersohor macam Engku Irsyad tu! ~ Syakilla
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account