Description
Nora, muncul di SK Bukit Tunggal. Pintar, hebat bersukan dan cepat popular, dia seperti saingan baharu bagi Hakim dan rakan-rakannya. Namun, kejadian pelik mula mengganggu
sekolah seperti gangguan elektrik yang berlaku tanpa sebab, reriang logam muncul entah dari mana, hidupan bertukar menjadi logam di depan mata dan pelbagai lagi.
Hakim yang memiliki kuasa telepati dengan flora mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sangkaan itu terbukti apabila Nora mendedahkan identitinya bahawa dia adalah permaisuri makhluk logam Hemiptera, yang mencari dunia baharu untuk menjadi koloni
mereka.
Untuk menyelamatkan bumi, Hakim dan pasukannya mencipta perangkap elektromagnet
dan cecair SKNK yang mampu melemahkan serangga logam. Pertempuran besar pun bermula!
Siapa yang menang? Bagaimanakah pengakhirannya?
Sasaran Pembaca: 9 – 12 tahun
Siri Agen Terra 03 mengangkat mesej bahawa ilmu, kreativiti, dan keberanian adalah senjata utama untuk menghadapi ancaman, sama ada dari luar angkasa, manipulasi minda, mahupun serangan biologi. Berteraskan elemen STEM — daripada botani, ekologi, robotik, teknologi tenaga suria, elektromagnet, hingga bioteknologi kulat — siri ini mengajar pembaca untuk berfikir secara kritikal, tidak mudah terpengaruh dengan penampilan yang kelihatan baik, serta sentiasa membuat strategi dan persediaan saintifik sebelum bertindak.
Dalam setiap misi, alam mampu menjadi pelindung jika dijaga, begitu juga kepentingan kerjasama, empati, dan belas kasihan walaupun terhadap pihak lawan. Pada masa yang sama, siri ini memberi peringatan tentang bahaya penyalahgunaan sains dan teknologi serta mengajak pembaca untuk menggunakan pengetahuan dan inovasi demi kebaikan bersama, mempertahankan komuniti, dan menjaga keseimbangan bumi daripada sebarang bentuk
eksploitasi.
Keistimewaan:
1. Gabungan sains dan fiksyen fantasi – Mengangkat elemen flora, fauna dan mekanisme
pertahanan tumbuhan dengan sentuhan sains sebenar yang diadun dalam kisah fiksyen
penuh aksi.
2. Penggunaan STEM sebagai senjata – Idea kreatif seperti hujan cuka, gajet Sfera Spora, dan inovasi perlindungan.
3. Gabungan sains, robotik dan Alien Lifeform – Menyatukan elemen STEM (robotik,
elektromagnet, tenaga suria) dengan plot fiksyen makhluk asing.
4. Tema Kelestarian vs Eksploitasi – Menunjukkan pertembungan antara menjaga alam sekitar dan menyalahgunakan teknologi biologi untuk kuasa.
5. Nilai pendidikan STEM (Sains Teknologi Eginering Matematik) – Memperkenalkan pembaca
kepada pengetahuan botani, biodiversiti, dan teknologi dron dalam naratif yang seronok dan
mudah diikuti.