Description
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-19 Menceritakan semula kisah Nabi Musa a.s bersama Firaun, Nabi Nuh a.s bersama kaumnya, juga tentang penduduk Madyan yang ingkar. Namun, segala penceritaan adalah secara ringkas kerana pada juzuk terdahulu telah diceritakan secara keseluruhan.
Juzuk ini juga membawakan kisah tentang bagaimana Nabi Sulaiman a.s akhirnya berjaya memujuk Ratu Balqis untuk memeluk Islam. Kisah kedua-dua tokoh ini sangat menarik untuk ditadabbur kerana terdapat banyak pengajaran daripadanya.