Description
Benarkah al-Quran mengandungi kesalahan saintifik seperti yang sering didakwa? Atau sebenarnya kita yang kadang-kadang terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa memahami maksud sebenar ayat, bahasa Arab asal dan konteks ilmu yang sentiasa berkembang?
Buku ini ditulis untuk membawa pembaca melihat semula persoalan tersebut dengan lebih tenang, terbuka dan berasaskan ilmu. Beberapa ayat al-Quran sering dijadikan sasaran kritikan oleh sesetengah pihak seperti penciptaan manusia, kejadian alam semesta, penciptaan langit dan bumi, pergerakan matahari dan pelbagai fenomena alam yang lain. Namun, adakah benar ayat-ayat itu bermasalah, atau cara kita memahaminya yang perlu diperhalusi semula?
Buku ini mengajak pembaca meneliti semula ayat-ayat yang sering dipersoalkan dengan melihat makna asal perkataan Arab, pandangan para ulama tafsir serta kaitannya dengan penemuan sains moden. Bukan untuk memaksa al-Quran mengikut teori sains yang berubah-ubah, tetapi untuk memahami bagaimana wahyu memberi panduan melihat alam dengan lebih luas dan mendalam.
Keistimewaan buku ini:
- Menjawab dakwaan kesalahan saintifik dalam al-Quran secara tersusun dan berasaskan hujah.
- Meneliti makna asal bahasa Arab bagi ayat-ayat yang sering disalahfahami.
- Menghubungkan tafsir, hadis dan penemuan sains moden secara berhati-hati dan berprinsip.
- Menampilkan dimensi pembinaan tamadun ilmu berteraskan wahyu.
- Ditulis dalam bahasa yang mudah diikuti tanpa mengabaikan ketelitian ilmiah.
Halaman : 312 mukasurat