Description
Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan aib, dikerat dan ditinggalkan sebagai tanda amaran. Kes itu ditutup. Fail disimpan. Pembunuh menghilang tanpa jejak.
Kini, satu mayat baharu ditemui. Modus operandi sama. Mata dijahit. Organ dalaman hilang. Seolah-olah pembunuh itu kembali untuk menuntut sesuatu yang belum terlunas.
Inspektor Umar dan pasukannya terpaksa membuka semula cold case yang sepatutnya sudah terkubur.
Setiap petunjuk membawa mereka hampir kepada kebenaran yang lebih kejam - bahawa keadilan pernah diputar belit dan orang yang sepatutnya bersalah telah dilepaskan.
Apabila rahsia lama dibongkar satu demi satu, mereka sedar ini bukan sekadar pembunuhan bersiri. Ini adalah dendam yang dirancang rapi. Sebelum kes ini berakhir, akan ada harga yang perlu dibayar — dengan pertumpahan darah.
Genre : Jenayah + Ngeri + Penyiasatan
Halaman : 436 halaman