Siri Suluh Alam Semesta - Bulan - Dian Onasis & Azureca
Buku Suluh Siri Alam Semesta, Bulan memperkenalkan bulan sebagai teman setia bumi. Kanak-kanak akan belajar tentang bulan sebagai satelit semula jadi bumi, pergerakannya, bentuk-bentuk bulan, gerhana bulan, serta peranan bulan dalam pasang surut air laut.
Fakta sains disampaikan secara ringkas dan mudah difahami, disertai aktiviti pemerhatian yang menyeronokkan. Melalui buku ini, kanak-kanak diajak meneroka alam semesta sambil memupuk rasa ingin tahu dan cinta terhadap sains.
Penulis: Dian Onasis
Pelukis: Azureca
Terjemahan: Ismawannie Ismail
Halaman: 24 muka surat
Teks : Berwarna
Genre: Buku cerita interaktif
Sasaran Pembaca: 4 – 9 tahun
Siri Suluh Alam Semesta - Bumi - Dian Onasis & Azureca
Buku Suluh Siri Alam Semesta, Bumi memperkenalkan bumi adalah tempat tinggal kita. Melalui buku ini, kanak-kanak akan mengenali bumi dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.
Mereka akan belajar tentang benua yang ada, lautan, atmosfera, kejadian siang dan malam, musim-musim yang ada di dunia, serta kepentingan menjaga alam sekitar.
Juga diilengkapi fakta ringkas dan aktiviti pemerhatian, buku ini membantu kanak-kanak memahami bumi sebagai planet yang menyokong kehidupan dan perlu dipelihara bersama-sama.
Penulis: Dian Onasis
Pelukis: Azureca
Terjemahan: Ismawannie Ismail
Halaman: 24 muka surat
Teks : Berwarna
Genre: Buku cerita interaktif
Sasaran Pembaca: 4 – 9 tahun
Siri Suluh Alam Semesta - Matahari - Dian Onasis & Tim Innerchild
Buku Suluh Siri Alam Semesta, Matahari memperkenalkan kanak-kanak kepada bintang paling penting dalam kehidupan kita melalui penerokaan yang mudah, visual (gambar) dan menyeronokkan.
Buku ini menjelaskan apakah itu matahari, bagaimana matahari terbentuk, peranan matahari kepada bumi dan makhluk hidup di bumi, serta bagaimana fenomena alam seperti siang dan malam, gerhana matahari dan pelangi terjadi.
Disertakan juga fakta ringkas dan aktiviti pemerhatian, buku ini membantu kanak-kanak memahami konsep asas sains tentang matahari secara santai dan mudah difahami.
Penulis: Dian Onasis
Pelukis: Tim Innerchild
Terjemahan: Ismawannie Ismail
Halaman: 24 muka surat
Teks : Berwarna
Genre: Buku cerita interaktif
Sasaran Pembaca: 4 – 9 tahun