Description
ELINA Daeng, gadis kelahiran Sabah yang dibesarkan di sebuah ladang kelapa sawit. Ayahnya seorang yang pekak dan bisu manakala ibunya pula seorang suri rumah yang suka bergosip. Ketika berusia tujuh tahun, ibunya Mirah melarikan diri bersama seorang lelaki yang datang dari Kuala Lumpur bernama Irman. Daeng cuba menghalang namun terkorban. Sejak itu, Elina dijaga oleh ayah saudaranya, Benson. Selepas Benson dimasukkan ke penjara, Elina terpaksa menjejaki Mirah.
Di Kuala Lumpur, Elina terjerat dalam kancah pelacuran dan dia yang tidak rela memperdagangkan diri memilih jalan mati. Kebetulan, Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital. Apabila sedar daripada koma, Elina kehilangan memorinya. Hidup Zuhayr menjadi kucar-kacir kerana cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui kad pengenalan. Hadirnya Danial, Adam dan Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah huru-hara. Berjayakah salah seorang daripada mereka membuatkan Elina tersenyum semula?
Halaman: ~592 mukasurat