Description
Dua dunia semakin bergolak. Kuasa disalah gunakerana tamak. Peperangan kini sukar dielak.
Di dunia Anding Ayangan – Furqan Ayyubi memerangi habis-habisan Raja Daulah yang sakti, sehingga seluruh pasukannya disumpah menjadi batu. Tinggal dia dan Rolou yang terselamat. Kekalahan paling teruk dialami oleh pasukan Anding. Chahaya terpaksa keluar dari persembunyian demi memimpin Furqan Ayyubi bangkit semula menerusi keajaiban kalamullah.
Di dunia nyata – pembunuhan misteri berlaku menjelang pilihan raya negeri. Mutajassad punya angkara. Makhluk bangsa Makrit’e itu bersembunyi di dalam tubuh manusia, beralih dari jasad ke jasad. Muslihatnya yang licik menyukarkan siasatan dua pegawai polis, Rawza dan Fakeh.
Ketika segalanya seperti mustahil, Rayyan dan Mika dari planet Yuk’kaa muncul untuk membantu. Bangsa Yuk’kaa pernah berperang dengan bangsa Makrit’e di angkasa raya. Kini, di bumi pula berlaku pertembungan antara tiga bangsa: manusia, Yuk’kaa dan Makrit’e. Setiap peperangan pasti sampai ke noktahnya. Untuk itu, ada yang harus mati!