Description
Humaira mula menulis novel setelah membaca novel seorang penulis tersohor. Ideanya mampu menzahirkan karya yang hebat. Namun garapan ceritanya yang kaku perlukan X-factor. Lalu dia memutuskan untuk bercinta, sesuatu yang berlawanan dengan fitrahnya yang anti lelaki selama ini.
Demi menghidupkan roh cinta dalam novel pertamannya, nun di Tembok Besar Badailing, dia bertemu Dr. Damyral. Namun cinta kilat itu putus. Seterusnya, bila memulakan manuskrip terbaru, Humaira akan memikat seorang lelaki sebagai pasangannya bercinta. Perasaan cinta ini akan ditumpahkan ke dalam manuskrip yang sedang ditulis.
Dia kemudian terjebak cinta dengan Azril iaitu hero novelnya yang ketujuh. Dia bertindak melarikan kerana tidak tahan dengan buruan Azril yang penasaran terhadapnya. Sebenarnya, Humaira fobia dengan perkahwinan kerana takut semua lelaki bersikap tidak adil seperti ayahnya.
Di daerah asing itu dia bertemu semula dengan Dr. Damyral, cinta pertamanya. Barulah dia sedar yang dia mencintai lelaki itu. Tetapi ada sesuatu yang menghalangnya iaitu Huwaida yang juga tergila-gilakan lelaki yang sama. Malah Huwaida sanggup bertindak sadis! Apakah itu balasan dosa untuknya kerana mengecewakan cinta tujuh lelaki?