Description
Sesungguhnya dengan cinta kubina istana, tidak rapuh umpama pasir tetapi gagah sekukuh Taj Mahal.
Sesungguhnya dengan cinta kubina istana, tidak rapuh umpama pasir tetapi gagah sekukuh Taj Mahal. Indahnya bak istana Si Balqis. Kasih dan sayang tidak akan tergugah meski seribu bencana melanda. Itu janjiku, itu harapanmu. Aku mahukan Kyra yang dulu, Kyra yang manja dan sedikit keanak-anakan. Dengan memanja dan melayanimu, memberiku seribu satu kebahagiaan. Itu kataku pada ibu. Lenangan air mata ibu menyejukkan perasaanku. Aku diterima seadanya. Anak yatim dan piatu ini tidak akan mendambakan kasih sayang yang hilang itu lagi, kerana aku sudah menemuinya dari ibu dan Kyra.
Namun kita hanya merancang, ALLAH penentu segala. Cinta yang wujud tanpa diduga, hadirnya tanpa disengaja, berakhir jua tanpa dijangka. Kyra... kita tidak mungkin bersama. Namun sayangku tetap abadi, kekal selamanya. Hairee lelaki jelmaanku di alam maya. Mencintainya bererti menyayangiku kua. Terimalah ia, kasihi dia kerana dia layak dan berhak. Dari kejauhan ini, kutitipkan doa buatmu dan Hairee. Bahagialah adikku keduanya. Amin....