VIP Card Member

KAD KEAHLIAN KAD VIP KARANGKRAF

 

                                                                                          VIP Card

                                                                                                                                                   Register Now Png - Somafm - Free Transparent PNG Download - PNGkey

 

Karangkraf Mall Sdn. Bhd. merupakan virtual bookstore yang menawarkan belian secara online bagi buku & majalah untuk semua produk dibawah penerbitan Karangkraf (Alaf21, Buku Prima, Ideaktiv & Karya Bestari).

Kami merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Karangkraf yang diasaskan oleh Datuk Dr. Hj. Hussamuddin bin Hj. Yaacub sejak tahun 1978. Kini, Kumpulan Karangkraf merupakan penerbit akhbar, buku, Al-Quran & majalah Bahasa Melayu terbesar di Malaysia. Sepanjang 30 tahun penglibatannya di dalam industri penerbitan, ia telah berkembang pesat menerusi jumlah jualan & iklan yang memberangsangkan.

Bagi meraikan keluarga besar ini, kami berbesar hati mengajak anda menjadi salah seorang ahli VIP KARANGKRAF kami. Marilah bersama-sama merealisasikan impian jutaan ‘ulat buku’ bagi mendapatkan bahan bacaan terbaik.

 

KELEBIHAN MENJADI AHLI VIP KARANGKRAF

1. Yuran pendaftaran seumur hidup yang paling rendah.

2. Kad keahlian akan diposkan dalam tempoh 3-5 hari berkerja (tempoh kendalian pos bergantung kawasan/ daerah)

3. Kaedah pembelian yang sangat mudah (secara online).

4. Tiada syarat pembelian dengan kuantiti minimum.

5. Diskaun extra berdasarkan promosi semasa.

6. Keahlian adalah terbuka kepada semua pelanggan Karangkraf Mall.

7. Kad VIP ini bukan kad bayaran atau kad kredit.

8. Kad VIP ini melayakkan anda mendapat sebanyak tambahan potongan harga 10%.

9. Diskaun tambahan tidak akan diberikan kepada item yang telah diberikan potongan atau item promosi.

10. Kad keahlian ini sah selama seumur hidup.

11. Untuk menikmati diskaun, ahli mesti mengemukakan kad VIP di kaunter juruwang sebelum pembelian dilakukan.

12. Kad VIP tidak boleh dipindah milik.

13. Jika kad hilang atau dicuri, ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Karangkraf Mall. Bayaran RM10 akan dikenakan bagi menggantikan kad keahlian.

14. Karangkraf Mall mempunyai hak untuk meminda, mengubah atau menambah mana-mana terma dan syarat di atas. Sebarang pindaan, pengubahan atau penambah akan berkuatkuasa serta merta tanpa pemberitahuan atau notis.

15. Karangkraf Mall berhak pada bila-bila masa dalam budi bicara mutlak kami tanpa liabiliti kepada ahli, tanpa notis dan tanpa memberi sebab, untuk menggantung atau menamatkan hak ahli untuk mengunakan kad VIP untuk menolak, memperbaharui atau mengantikan kad VIP sekiranya mana-mana syarat dan keistimewaan telah disalah gunakan.

16. Jika ahli telah memberikan apa-apa maklumat kepada Karangkraf Mall, ahli telah memberikan keizinan kepada organisasi yang di sebut di atas, Karangkraf dan syarikat bersekutu dengannya untuk menghubungi ahli bagi tujuan pemasaran, termasuk mesej melalui pos, sms atau emel. Sesetengah daripada maklumat akan dikongsi bersama pihak ketiga untuk menyediakan bantuan pemasaran atau analisis. Sila Rujuk Polisi Privasi Kumpulan Karangkraf untuk butiran lanjut.

Bayar yuran serendah RM10 sekali seumur hidup & jom jadi ahli VIP KARANGKRAF hari ini!

**Jika anda sudah memiliki kad VIP KARANGKRAF & ingin menikmati diskaun ahli VIP di website ini, sila ke ruangan chat untuk kami kemaskinikan data anda (tertakluk kepada pendaftaran tahun 2021 sehingga terkini).

 

Cara-cara untuk mendaftar menjadi ahli VIP KARANGKRAF:

1- Membuat akaun ["Create Account"] di www.karangkrafmall.com

2- Masukkan produk di dalam cart ["Add Product to Cart"].

3- Membuat bayaran.

4- Setelah pembayaran di buat, pihak kami akan emelkan notis "VIP KARANGKRAF" dalam 2-3 hari bekerja.

5- Setelah akaun anda dinaiktaraf sebagai "VIP", anda boleh terus membuat pembelian menerusi website, outlet Karangkraf Mall & semua karnival anjuran Karangkraf.

 

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

Tel:- 03-5101 7480 

Whatsapp : +60192297227

E-mel: [email protected]