New

Ustazah Basikal - Ahmad Isa

100 BEG KEMBARA MINI UNTUK 100 PEMBELI TERAWAL! DAPATKAN SEKARANG, SELAGI STOK MASIH ADA.


TENTANG BUKU USTAZAH BASIKAL (JILID 1 - MALAYSIA - THAILAND - MYANMAR)

Niat asal Ahmad Isa untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan ‘honeymoon’ menuju ke Mekah. Pasangan suami isteri ini sanggup keluar dari rumah sewa, menjual kereta yang ada untuk dijadikan modal memulakan pengembaraan.

15 bulan mereka ‘homeless’ dan berjaya merentasi 13 buah negera sebelum sampai ke Mekah.

Sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke destinasi akhir, Mekah, pelbagai rintangan dan masalah mereka hadapi. Namun, setiap kali ada masalah yang timbul, pasti ada hikmahnya tersendiri. Mereka berjaya mengharunginya dengan sabar dan rasa syukur.

Buku Jilid 1 ini hanya merangkumi 3 buah negara. Bermula daripada persiapan, permulaan kembara dari Malaysia, Thailand dan Myanmar.

In stock
SKU
978-967-2858-12-6
RM 35.00

Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.

Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.

Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.

Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.

Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.

Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.

"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa

 HALAMAN: 304

More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off