Description
Dea Eryna membuat satu keputusan berani mati apabila dia menjalankan rancangan untuk mengurat Ahmad Fahin, seorang yang sombong, ego dan bermulut celopar. Namun cubaannya sering kali gagal.
"
"Saya nak awak jadi suami saya boleh? Saya dah jatuh cinta dengan awak sejak awak marah saya tempoh hari.? - Eryna.
"
"Kau nampak sepana kat tangan aku ni? Ini kalau akuketuk kat kepala kau mahu kau hilang ingatan, terus lupa kat aku selama-lamanya. Jadi... jangan terus mengarut sebelum aku hilang sabar.? - Fahin.
Adakah Dea Eryna berjaya mendapatkan cinta Ahmad Fahin? Dapatkah mereka bersatu dalam tempoh yang singkat?
PENULIS: DEA ZORAYA
ISBN: 978-967-86-0857-2
HALAMAN: 176 MUKASURAT
TERBITAN: MAC 2018