Description
Surah Yasin bukan sekadar bacaan malam Jumaat atau ritual tahlil. Ia adalah nadi kehidupan, jantung al-Quran yang penuh dengan mesej ketuhanan, cabaran dakwah dan panduan kehidupan moden.
Buku Tadabbur & Aplikasi Surah Yasin ini mengajak kita menyelami ayat demi ayat Surah Yasin, bukan sekadar memahami makna literal, tetapi mengaitkannya dengan realiti hidup; sebagai pelajar, pekerja, ibu bapa, pemimpin dan pendakwah.
Dengan pendekatan unik “Atas, Belakang, Depan” iaitu wahyu, sejarah dan ilmu semasa, buku ini membawa pembaca memahami pola dakwah Rasul, sikap umat terdahulu, dan bukti kekuasaan Allah dalam sains dan kehidupan moden.
Bagaimana berdakwah kepada hati yang keras?
Mengapa sejarah penting untuk membina generasi?
Apa kaitan ekosistem alam dengan keimanan kita?
Setiap ayat dikupas dengan tadabbur dan disertakan aplikasi hidup yang menyentuh — untuk individu, keluarga dan organisasi.
-
Sesuai dijadikan panduan tadabbur mingguan, bahan tazkirah dan latihan kepimpinan rohani.
-
Penuh kisah menarik, refleksi mendalam dan strategi dakwah yang boleh terus diamalkan.
Jom Baca. Fahami. Hayati. Hidup bersama Surah Yasin.
Halaman: 320
ISBN: 978-967-86-1076-6