NewSale

Syurga Bukan Percuma

 

Syurga bukannya murah dan syurga bukannya mudah. Ia mahal semahal namanya. Jika kita bukannya seorang Mukmin, kita hanya mampu bermimpi di siang hari untuk masuk ke dalamnya. Nak jadi penghuni syurga, perlukan pengorbanan yang tinggi. Perlu diuji terlebih dahulu. Sebab itulah jika kita hanya bersenang-lenang di dunia, adakah Syurga itu layak untuk kita?

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Kesenangan dan kebahagiaan di dunia hanyalah sementara manakala kesenangan di akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara.

Buku ini memberikan kita guideline untuk menjadi seorang mukmin yang diredhai Tuhan. Ada banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Ada banyak ilmu dan amalan yang boleh kita amalkan supaya kita tidak tersesat memilih jalan yang betul ke syurga.

Pesan Rasulullah SAW “Jalan ke Syurga itu dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” 

Dua jalan terbentang di depan kita. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman – bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

In stock
SKU
978-967-86-0946-3
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00

Penulis : Ustaz Abdullah Khairi

Page : 280

ISBN : 978-967-86-0946-3

Terbitan : Karya Bestari

More Information
Publisher Karya Bestari
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account