DANISH- Cintanya pada NurJannah penuh bersyarat.Lorna Asyira harus dinikahi terlebih dahulusebelum menyunting NurJannah sebagai suri hati. Selepas itu semuanya bakal menjadi rahsia. Namun, rahsia terbongkar tanpa diduga. Impian untuk bahagia nampak samar. NurJannah semakin jauh.
NURJANNAH- Hidupnya bermula dengan indah. Namun semua itu hanya seketika. Dalam terpaksa, Danish ditinggalkan demi cinta. Kehadiran wanita lain di sisi suaminya tidak boleh diterima. Hatinya tercalar dituduh perampas.Lalu, dia membawa status isteri kedua dengan hati yang lara.
LORNA ASYIRA- Diulit rasa bahagia apabila cinta yang diidamkanberada dalam genggaman. Menjadi isteri Danish Taufik bagai mimpi jadi nyata. Namun, hatinya hancur saat cinta dimadukan. Dia enggan mengalah walaupun segunung rasa benci Danish. Malah, dia berusaha agar cinta memberi bahagia.
Sesungguhnya, perjalanan yang ditempuhpenuh berliku. Siapakah yang layak berada di sisi Danish? Berbaloikah sebuah pengorbanan?