Description
SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri,Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehigga ke hujung nyawa.
MAHKLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu masa dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.