Description
Kampung Bukit Tunggal heboh dengan projek penanaman cendawan yang tiba-tiba muncul
entah dari mana. Pada awalnya, Hakim dan rakan-rakannya menganggapnya sebagai peluang ekonomi untuk penduduk kampung.
Tetapi sesuatu yang pelik berlaku seperti spora misteri terapung di udara, kulat lendir yang seolah-olah hidup dan cendawan bioluminesensi yang bersinar dalam gelap. Curiga dengan semua kejadian itu, siasatan Hakim dan kawan-kawan membawa kepada penemuan mengejutkan bahawa En. Najib sebenarnya ialah Lt. Kol. Dr. Najib, pakar peperangan biologi yang digelar Raja Spora!
Rancangannya amat berbahaya, menjadikan seluruh kampung sebagai makmal hidup untuk
mencipta dunia cendawan, bermula dengan serangan spora berskala besar.
Berjayakah Hakim menyelamatkan kampung sebelum semuanya dilitupi spora?
Sasaran Pembaca: 9 – 12 tahun
Siri Agen Terra 03 mengangkat mesej bahawa ilmu, kreativiti, dan keberanian adalah senjata utama untuk menghadapi ancaman, sama ada dari luar angkasa, manipulasi minda, mahupun serangan biologi. Berteraskan elemen STEM — daripada botani, ekologi, robotik, teknologi tenaga suria, elektromagnet, hingga bioteknologi kulat — siri ini mengajar pembaca untuk berfikir secara kritikal, tidak mudah terpengaruh dengan penampilan yang kelihatan baik, serta sentiasa membuat strategi dan persediaan saintifik sebelum bertindak.
Dalam setiap misi, alam mampu menjadi pelindung jika dijaga, begitu juga kepentingan kerjasama, empati, dan belas kasihan walaupun terhadap pihak lawan. Pada masa yang sama, siri ini memberi peringatan tentang bahaya penyalahgunaan sains dan teknologi serta mengajak pembaca untuk menggunakan pengetahuan dan inovasi demi kebaikan bersama, mempertahankan komuniti, dan menjaga keseimbangan bumi daripada sebarang bentuk
eksploitasi.
Keistimewaan:
1. Gabungan sains dan fiksyen fantasi – Mengangkat elemen flora, fauna dan mekanisme
pertahanan tumbuhan dengan sentuhan sains sebenar yang diadun dalam kisah fiksyen
penuh aksi.
2. Penggunaan STEM sebagai senjata – Idea kreatif seperti hujan cuka, gajet Sfera Spora, dan inovasi perlindungan.
3. Gabungan sains, robotik dan Alien Lifeform – Menyatukan elemen STEM (robotik,
elektromagnet, tenaga suria) dengan plot fiksyen makhluk asing.
4. Tema Kelestarian vs Eksploitasi – Menunjukkan pertembungan antara menjaga alam sekitar dan menyalahgunakan teknologi biologi untuk kuasa.
5. Nilai pendidikan STEM (Sains Teknologi Eginering Matematik) – Memperkenalkan pembaca
kepada pengetahuan botani, biodiversiti, dan teknologi dron dalam naratif yang seronok dan
mudah diikuti.