Description
Hakim cuma mahu menyiapkan projek Buku Skrap Maya bersama dua sahabatnya, Haikal
dan Hanan. Tapi semuanya berubah apabila mereka menemui bunga ros pelik tanpa duri di hutan Pulau Cincin, bunga yang boleh melilit, hidup dan menyerang balik!
Siapa sangka penemuan itu membawa mereka kepada rahsia terbesar Cikgu Mawar? Cikgu sains mereka rupa-rupanya… manusia hibrid!
Kini Hakim dipilih menjadi Agen Terra 03, wira bumi yang perlu belajar menggunakan kuasa telepati dan mengawal flora luar biasa untuk menentang bangsa belalang gergasi yang mahu
menawan dunia.
Mampukah Hakim melindungi bumi dan menyelamatkan dunia asal Cikgu Mawar sebelum debunga cahaya terakhir hilang?
Pengembaraan bermula, berani ikut?
Sasaran Pembaca: 9 – 12 tahun
Siri Agen Terra 03 mengangkat mesej bahawa ilmu, kreativiti, dan keberanian adalah senjata utama untuk menghadapi ancaman, sama ada dari luar angkasa, manipulasi minda, mahupun serangan biologi. Berteraskan elemen STEM — daripada botani, ekologi, robotik, teknologi tenaga suria, elektromagnet, hingga bioteknologi kulat — siri ini mengajar pembaca untuk berfikir secara kritikal, tidak mudah terpengaruh dengan penampilan yang kelihatan baik, serta sentiasa membuat strategi dan persediaan saintifik sebelum bertindak.
Dalam setiap misi, alam mampu menjadi pelindung jika dijaga, begitu juga kepentingan kerjasama, empati, dan belas kasihan walaupun terhadap pihak lawan. Pada masa yang sama, siri ini memberi peringatan tentang bahaya penyalahgunaan sains dan teknologi serta mengajak pembaca untuk menggunakan pengetahuan dan inovasi demi kebaikan bersama, mempertahankan komuniti, dan menjaga keseimbangan bumi daripada sebarang bentuk
eksploitasi.
Keistimewaan:
1. Gabungan sains dan fiksyen fantasi – Mengangkat elemen flora, fauna dan mekanisme
pertahanan tumbuhan dengan sentuhan sains sebenar yang diadun dalam kisah fiksyen
penuh aksi.
2. Penggunaan STEM sebagai senjata – Idea kreatif seperti hujan cuka, gajet Sfera Spora, dan inovasi perlindungan.
3. Gabungan sains, robotik dan Alien Lifeform – Menyatukan elemen STEM (robotik,
elektromagnet, tenaga suria) dengan plot fiksyen makhluk asing.
4. Tema Kelestarian vs Eksploitasi – Menunjukkan pertembungan antara menjaga alam sekitar dan menyalahgunakan teknologi biologi untuk kuasa.
5. Nilai pendidikan STEM (Sains Teknologi Eginering Matematik) – Memperkenalkan pembaca
kepada pengetahuan botani, biodiversiti, dan teknologi dron dalam naratif yang seronok dan
mudah diikuti.