Description
HANTU BUSUT JANTANApa sebenarnya yang terjadi kepada Asmah? Apa kaitannya misteri kehilangan Asmah dengan Hantu Busut Jantan? Nak tahu? Kena baca sampai habis ya!
Cerita ini, seorang nenek yang bernama Uwan Long, menceritakan kisah hantu dan seram kepada cucu sedaranya Uwais dan Adeena untuk memberi pengajaran dan kesedaran. Kisah-kisah yang diceritakan adalah pengalaman yang pernah dilalui Uwan Long masa kecil.
Cerita Hantu Busut Jantan adalah Kisah seorang budak perempuan yang telah disorok oleh hantu busut kerana abangnya tidak suka menjaga adiknya, abangnya menganggap adiknya beban padanya.
Pengajaran cerita ini, saling sayang menyayangi antara adik beradik.
HANTU DEWI LAUTSebenarnya apa terjadi kepada Atan? Apa kaitannya legenda Dewi Laut dengan Atan? Nak tahu? Kena baca sampai habis ya!
Cerita ini, seorang nenek yang bernama Uwan Long, menceritakan kisah hantu dan seram kepada cucu sedaranya Uwais dan Adeena untuk memberi pengajaran dan kesedaran. Kisah-kisah yang diceritakan adalah pengalaman yang pernah dilalui Uwan Long masa kecil.
Cerita Hantu Dewi Laut adalah Kisah 2 beradik yang berperwatakan berbeza, akibat mulut celopar dan tidak menjaga kata-kata, Atan telah diganggu oleh hantu dewi laut yang berada di sebuah pulau.
Pengajaran cerita ini, jaga kata-kata dan perbuatan jangan terlalu
angkuh, sombong dan celopar.
PENUNGGU RUMAH USANG
Siapa kawan Aisyah dari rumah usang itu? Mahukah kawan Aisyah melepaskan Aisyah? Nak tahu? Bacalah sampai habis ya!
Cerita ini, seorang nenek yang bernama Uwan Long, menceritakan kisah hantu dan seram kepada cucu sedaranya Uwais dan Adeena untuk memberi pengajaran dan kesedaran. Kisah-kisah yang diceritakan adalah pengalaman yang pernah dilalui Uwan Long masa kecil.
Cerita Penunggu Rumah Usang mengisahkan Aisyah telah berkawan penunggu rumah usang yang menjelma sebagai seorang kanak-kanak. Aisyah tanpa sengaja telah menerima gelang pemberian kanak-kanak tersebut menyebabkan penunggu rumah usang itu ingin menjadi pendampingnya.
Pengajarannya, berhati-hati dalam menerima pemberian orang.
SESUAI UNTUK 9 HINGGA 12 TAHUN.