Description
~Jangan percaya apa yang dilihat, kerana mata bisa menipu!~
Kehilangan Wafiq menimbulkan keraguan kepada diri sahabatnya, Amir. Bangkai kereta yang tersadai kosong tanpa berjasad menambahkan keresahan. Usaha telah dilakukan dengan pelbagai cara. Kejadian bunuh diri di asrama sekolah tempat Wafiq sepatutnya bertugas menjadi titik awal perjuangan Amir mencari sahabatnya itu.Dalam perjuangan itu, Wafiq tersepit antara realiti dan tipu daya syaitan. Antara batil dan yang hak, Wafiq berada di tengah-tengah. Benarkah apa yang dilihat oleh matanya?