Description
Zen, pelajar tidak popular yang bertubuh kecil dan antisosial. Zen dibesarkan oleh bapa saudaranya, Detektif Dol yang Zen gelar sebagai “Pak Cik Troll” kerana tubuhnya yang besar.
Seorang pengemis, Aboi, menjumpai berlian yang jatuh dari langit. Sewaktu Aboi membawa berlian itu ke kedai emas, dia dituduh terlibat dalam kes kehilangan berlian seorang saudagar Sweden pada tahun 1994.
Inspektor Hanif meminta bantuan Zen dan kawan-kawannya untuk mencari penjelasan bagaimana berlian itu boleh dimiliki oleh Aboi.
PENULIS: LIZA NUR
GENRE: PENYIASATAN REMAJA
ISBN: 978-967-2858-97-3
HALAMAN: 200
SAIZ: 12.5 CM X 19 CM