Description
Adib seorang budak lelaki yang suka belajar. Adib tinggal bersama ayah dan ibunya. Adib mempunyai
seorang abang bernama Hakim dan adik perempuan bernama Syafa.
Adib sering bertanya mengenai pelbagai perkara kepada ayah dan ibunya. Ayah dan ibunya akanmenerangkan jawapan yang paling mudah supaya Adib faham.
Kadang-kadang Adib juga lakukan kesalahan. Namun, Adib belajar daripada kesalahan itu.
Semakin hari Adib semakin besar. Adib perlu belajar semua perkara. Adib perlu belajar berdikari supayamudah menyesuaikan diri. Adib juga mahu jadi hebat! Hebat supaya ayah dan ibu bangga padanya.
Sinopsis:
Adib ralit melihat anak ayam yang menetas. Adib
bertanya kepada ibu sama ada dia juga berasal
daripada telur seperti anak ayam. Ibu memberitahu
bahawa ibu yang mengandungkan Adib. Ibu juga
menceritakan mengenai perkembangan bayi yang
lahir dari rahim ibu. Adib berterima kasih kepada
ibunya kerana mengandung dan melahirkannya.
Apa yang menarik dalam Siri Adib Hebat?
- Topik berkaitan amalan pengurusan diri, pendidikan seksualiti dan nilai-nilai murni.
- Teks dwibahasa.
- Bersuku kata.
- Ilustrasi berwarna-warni.
- Info dan aktiviti menarik.
- Jalan cerita yang mudah difahami.