Sirah Nabi Muhammad SAW menceritakan secara ringkas kehidupan Rasulullah SAW bermula dari kelahiran sehingga kewafatan Baginda.
Kisah Nabi Muhammad SAW ini penuh cabaran dan pedoman yang boleh dijadikan ibrah buat umat Islam khususnya kanak-kanak. Mereka akan lebih mengenali, memahami dan menghayati perjalanan kehidupan luar biasa seorang rasul.
Semoga kisah-kisah ini dapat menyemai rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda iaitu Nabi dan Rasul terakhir.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحمَّدٍ ِ
APA YANG MENARIK DENGAN BUKU INI?
Para pemimpin suku Quraisy bersetuju sekiranya Hajarul Aswad diletakkan oleh orang pertama yang masuk ke Kaabah dari pintu masjid. Alangkah bahagianya mereka sewaktu melihat Muhammad yang pertama sekali masuk.
"Inilah Al-Amin. Kami reda padanya."
Halaman: 24
Saiz: 7.5 x 10 inci
Publisher | Kids Prima |
---|