Sirah Nabi Muhammad SAW menceritakan secara ringkas kehidupan Rasulullah SAW bermula dari kelahiran sehingga kewafatan Baginda.
Kisah Nabi Muhammad SAW ini penuh cabaran dan pedoman yang boleh dijadikan ibrah buat umat Islam khususnya kanak-kanak. Mereka akan lebih mengenali, memahami dan menghayati perjalanan kehidupan luar biasa seorang rasul.
Semoga kisah-kisah ini dapat menyemai rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda iaitu Nabi dan Rasul terakhir.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ِ
APA YANG MENARIK DENGAN BUKU INI?
Rasulullah menyampaikan dakwah secara meluas ke negara-negara lain. Ada di antara mereka yang memeluk Islam seperti Najasyi, Jaifar bin Julunda dan Abdullah bin Julunda. Ada pula yang mengakui Muhammad sebagai nabi tetapi belum mahu memeluk Islam seperti Muqauqis dan Heraklius.
Publisher | Kids Prima |
---|