Sale

Sindiket - Arman Jazee

ISBN: 978-967-446-451-6 HALAMAN: 512 KELUARAN: JUN 2018 PENULIS: ARMAN JAZEE
In stock
SKU
978-967-446-451-6
Now Only RM 25.50 Regular Price RM 30.00
Kisah kali ini tentang kegiatan perdagangan manusia dan organ. Kegiatan ini semakin berkembang kerana dari hari ke hari permintaan untuk mendapatkan organ-organ ini semakin meningkat. Munira seorang ibu tunggal yang memiliki dua orang anak telah ditimpa musibah. Bila kedua-dua anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih yang sudah lama bermaharajalela menculik kanak-kanak. Kumpulan Van Putih yang bernaung dibawah satu Sindiket yang besar telah membawa kedua anak Munira itu ke sempadan Thailand untuk diambil organ mereka. Munira yang terkejut tentang kehilangan anak-anaknya hilang punca. Dia berharap pada pihak polis untuk mencari anaknya. Kehadiran bekas suami dan ibu mertuanya yang menyalahkannya atas kehilangan anaknya menambahkan tekanan hidup Munira lagi. Dari hari ke hari harapan untuk menemui anaknya semakin pudar. Kemuncak kekecewaannya apabila pihak polis bertindak menghentikan siasatan ke atas kes kehilangan anaknya itu. Dibakar apa kemarahan dan kekecewaan, dia nekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Pencariannya bukan begitu mudah, dia hampir berputus asa. Pertemuan dia dengan Somchai, seorang penjahat telah membuka jalan untuk menjejaki anaknya. Pelbagai onak dan duri dia tempuhi untuk menemui kembali anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Munira perlu membayar harga yang cukup mahal dalam perjuangannya ini. Nyawa menjadi taruhan dan musuh yang sebenar adalah seseorang yang tiada siapa pun menduga.
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off