Description
Suka travel?
Suka suka suka. Tapi mana boleh keluar dah sekarang.
Boleh ja. Dengar apa saya nak beritahu ini.
Apa?
Ke negara matahari terbit dalam misi Mencari Unta Merah Jepun lalu mengukuhkan semula jati diri sebagai anak Malaysia Seteguh Gunung Fuji Berdiri.
Biar benar?
Betul. Membaca travelog ke Jepun yang diisi dengan siri ziarah dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat di sana dan juga perenungan dalam mengenal budaya mereka di negara matahari terbit itu.
Jepun. Negara yang kita maklum bangsanya sangat bersopan-santun, menepati masa, rajin dan serba serbi ke hadapan berbanding bangsa lain.
Bagaimana dalam buku Mencari Unta Merah Jepun, Ustaz Abdullah Bukhari menulis tentang kerja dakwah yang dilakukan hingga berjaya membeli Bangunan Japan Dakwah Centre di Osaka yang kini menjadi Pusat Dakwah milik orang Malaysia yang pertama.
Begitu juga dalam buku Seteguh Gunung Fuji Berdiri. Ustaz Mohd Hariri menceritakan kisah perjalanan beliau yang penuh hikmah dari kaca mata seorang pendakwah kecil.
2 naskhah yang boleh awak baca dalam menyelusuri satu sudut berbeza ketika kembara. Ada sisi yang kita tak perasan dikupas dalam 2 buku ini. Selama ini kita mungkin sekadar berjalan menikmati pemandangan, hingga terlepas sisi yang lain.
Tentang kuil, bandar syaitan, 5S, malu, cuti dan beberapa bab yang dikupas menarik dalam 2 buku ini.